Jumaat, 5 Disember 2014

The Richest Man In Babylon




Alhamdulillah, berjaya menghadam habis buku karya George S Clason berjudul 'The Richest Man In Babylon'.

Buku ini merupakan sebuah karya 'bestseller' di seluruh dunia, dan di Malaysia, diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh PTS.

Secara ringkasnya buku ini becerita tentang konsep-konsep asas kewangan, berdasarkan cerita Arkad, lelaki terkaya yang pernah hidup di Babylon pada zaman dahulu kala.

Antara tips-tips yang dapat diambil himmah dari buku ini adalah;

1) 7 cara mengatasi poket kering

  • Kumpul Wang
  • Kawal Perbelanjaan
  • Gandakan Emas
  • Pelihara Harta Dari Kerugian
  • Jadikan Tempat Kediaman Sebagai Pelaburan Yang Menguntungkan
  • Jamin Pendapatan Masa Hadapan
  • Tingatkan Keupayaan Memperoleh Pendapatan
2) Simpanan dari gaji hendaklah minimum 1/10 dari gaji yang didapati. Tolak terus 1/10 simpanan ini ketika mendapat gaji.Jangan sesekali disentuh.

3) Berdisiplin dalam mengawal perbelanjaan. 

4) Sentiasa hidup di bawah kemampuan sebenar.

5) Jika punya hutang, berjuanglah untuk menunaikannya walaupun sukar. 

6) Bekerja dengan memberi lebih dari yang disuruh.

7) Pengalaman/Ilmu hendaklah ditulis.Seperti cerita Babylon ini, sampai kepada generasi sekarang kerana ada bongkah-bongkah batu bertulis bercerita tentang kisah-kisah ini.

Secara  keseluruhannnya, sangat bermanfaat untuk dibaca.Setelah hadam di kepala, dengan tekad yang kuat, harus teguh berusaha untuk merealisasikannya.


Ahad, 14 September 2014

I Love Monday.., Kenapa Isnin Biasanya Dibenci...




Sudah lama laman blog ini tidak terisi.Andai blog ini sebuah rumah, pasti penuh labah-labah bersarang, habuk dan debu pasti berhamburan saat pintu dibuka.

Dalam kesibukan tugas, saya sempat membaca buku berjudul I LOVE Monday.

Buku ini karya penulis dari seberang, bernama Arvan Pradiansyah. Setelah lebih 2 tahun dibeli, baru sekarang kesempatan menghadam datang.

Kenapa sekarang?

Rasa malas, bosan dengan rutin, membuat setiap hari terasa sangat lama. Selalu ia menyerang..

Apa yang saya dapatkan dalam buku ini adalah dalam memperkuatkan makna ' ERTI HIDUP PADA MEMBERI'..

Setiap kerja adalah memberi.

Setiap kerja dilakukan untuk makna hidup orang yang mendapat manfaat dari hasil kerja tangan kita.

Buatlah yang terbaik. Ada kepuasan dalam setiap hasil kerja yang cemerlang.

Bukankah ada sabda Rasul yang memaknakan amalan paling baik adalah yang dibuat dengan kualiti maksimum...

Gabungan penceritaan dari pengalaman beliau dan statistik, semuanya mengembalikan benak fikir saya kepada potongan tinta junjungan besar kita Muhammad.

" Sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain"

5 bintang untuk buku ini ....