Sabtu, 18 Jun 2011

Semoga Cepat Sembuh Ambo ^_^


Zulfadli Razali, atau lebih dikenali dengan nama Ambo, empunya gerangan.

Teman regu saya untuk badminton, selain percakapan dialeknya yang bercampur baur antara Kelantan, Terengganu dan Pahang, menjadikan Ambo seorang yang istimewa.

Mak ayah orang Kelantan, lama menetap di Terengganu dan sekarang bermastautin di Rompin, Pahang.

Bayangkan..

" Ambo nak ke rumah sakit , demo(awak dalam bahasa Kelantan) nak ke mana?"

Kalaulah lawan bercakapnya seorang Melayu Malaysia, masihlah bisa dimengerti.Namun, teman bicaranya adalah orang Indonesia. Tahniah kepada Ambo kerana berjaya mempromosikan bahasa ibunda.

Sekarang,

Ambo sedang dirawat di Parahyangan 303, Rumah Sakit Hasan Sadikin Bandung, kerana perforated cecum ec amoebiasis. Sejenis penyakit infeksi pada usus besar sehingga menyebabkan sebahagian usus besar dan apendiksnya harus dipotong.

Dan sekarang, selama 3 hari Ambo harus berpuasa.Tujuannya agar usus tidak terbeban dengan makanan, agar proses penyembuhan berlangsung elok.

Nasogastric Tube ( tiub lewat hidung) , tiub lewat usus besar juga disambung, disamping kateter (tiub kencing) dan saluran air yang berisi ubat Tramadol (penahan sakit) diberikan kepadanya.

Alhamdulillah keadaannya stabil dan beransur-ansur sembuh.

Mohon doanya kepada semua rakan dan taulan untuk turut mendoakannya..

2 ulasan:

syuhadah berkata...

assalamualaikum..

walaupun tak kenal sangat,tapi saudara seakidah,semoga kang ambo cepat sembuh dan terus boleh berkoass seperti biasa..amin..=)

Unknown berkata...

Syuhadah~

Waalaikumussalam

Aminn :))