Khamis, 9 Disember 2010

9 Disember 1987; Bermula Sebuah Intifadah..



Sesungguhnya, dalam sibuk dan penat, dalam payah dan susah, Palestin tetap di dalam hati ini.

Walaupun tiada daya dan upaya diri nan lemah, mahu berangkat ke Al-Quds sana, menolong sehabis tenaga ashabul Gaza, tetap hati ini pingin ke sana.

Belum sampai masanya, daku diperangkatkan ke sana.

Harus ku siapkan mental dengan ilmu, cahaya ilahi, ku lengkapkan material dan fizikal, dengan sekuat mampuku.Sekadar dayaku..


Dan 9 Disember..

"The original outbreak was a misunderstanding siezed upon as a pretext. On December 6, 1987, an Israeli was stabbed to death while shopping in Gaza. The next day, four residents of the Jabalya refugee camp in Gaza were killed in a traffic accident. Rumors spread that the four had been killed by Israelis as a deliberate act of revenge. Mass rioting broke out in Jabalya on the morning of December 9, during which a 17-year-old threw a Molotov cocktail at an army patrol and was killed by an IDF soldier. His death became the trigger for large-scale riots that engulfed the West Bank, Gaza and Jerusalem"

1987,23 tahun silam ceritanya..

Zaman di mana Sheikh Ahmad Yassin baru mahu menggagaskan HAMAS.

Dan pada 9 Disember, rakyat Palestin bangkit dengan satu usaha, satu nama, satu perjuangan yang dipanggil Intifadah.

Intifadah bermaksud kebangkitan..Dan sehingga ke hari ini, Intifadah sentiasa bermain di hati dan jiwa, bukan sekadar di hati dan jiwa orang Palestin semata, malahan pada sanubari mereka yang cintakan keadilan dan kedamaian, seantero dunia.


Sekadar mendengar?Melihat, memerhati dan berkata 'Kesian"?

Apa peranan kita?

Apakah ada infaq sedekah?

Sudahkah barang-barang buatan Israel diboikot?Adakah masih senang memamah daging dan darah saudara kita di sana?

Apakah masih lagi kita terpegun dengan hiburan melampau, terpesona dengan rancangan televisyen bersifat hedonis?

Setidaknya, apakah ada titipan doa buat mereka?

Tepuk dada, tanyalah iman..

Manusia itu binatang berakal.Manusia apabila memikirkan isi tembolok sendiri, nafsu seks sendiri, wang harta sendiri, dan pelbagai lagi sendiri, nescaya tiada ada beza antara binatang dan manusia.Spesies ternyata sama..

Ayuh buktikan bahawa kita adalah manusia , ciptaan terbaik milik Robbi..


Khaibar..Khaibar Wahai Yahudi...

Tentera Muhammad akan kembali...


Selasa, 7 Disember 2010

Anekdot...Catatan Kehidupan


Untuk julung kalinya,kami dari pihak IMAN dengan ini mempersembahkan sebuah karya sulung,hasil penulisan dan sentuhan puisi indah dari 8 mahasiswa Malaysia di Indonesia,Anekdot..Catatan Kehidupan..



Menghimpunkan kisah-kisah pengalaman dari 6 penulis yang masing-masing mempunyai cerita tersendiri yang ingin dikongsi buat semua.



Bermula dari kehidupan Waktu Kecil yang penuh warna warni kepadaAlam Remaja yang sudah semestinya lebih mencabar.Seterusnya,kembara diteruskan dengan Kenal Cinta yang kupasanya cukup ringkas dan menarik.Mengalami fasa perubahan dalam hidup memberi kesedaran tentang pentingnya dakwah dan disaji dengan Ujian dakwah.Memasang impian dengan Secebis harapanuntuk menjadi insan yang sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.


Diselitkan bersama PUISI-PUISI yang disusun indah buat tatapan pembaca bagi mengaitkan setiap fasa-fasa dalam kehidupan.

Jadi,apa tunggu lagi?Dapatkan segera Anekdot..Catatan Kehidupan dengan harga yang berpatutan.

Anda boleh dapatkan buku ini dengan harga yang cukup murah : Rp 20,000.

Para penyumbang artikel :



Jom bersama-sama menebar manfaat menyemai pahala :-)

Isnin, 6 Disember 2010

Sebuah 'Jerangkap Samar' Pola Fikir..



Alhamdulillah Tahun Baru Hijrah bakal menjelma.

Kiranya sudah 1432 tahun silam di mana perjalanan historis itu berlaku.Medan di antara Mekah dan Madinah bersaksi.

Dan seringnya kedatangan tahun baru hijrah dihiasi dengan pelbagai aktiviti ibadah.

Antaranya doa awal tahun dan akhir tahun..


Doa Di Ambang Tahun Baru

Asar terakhir tahun lama, ditutup dengan doa akhir tahun, dan Maghrib pertama Muharam tahun baru, dimulakan dengan bacaan doa awal tahun.

Seringkali di masjid-masjid terdapat acara sebegini.

Terus kepada pokok bicara.

Ada orang mengatakan bacaan doa ini sebagai BIDAAH,suatu yang tiada asal usulnya dalam agama.

Dan ada yang berhujah mengatakan DOA ini tidak salah, walaupun Rasulullah tidak mencontohkannya.

Pada pendapat saya yang ilmunya hanya sejengkal, ya, BERDOALAH, cuma sila betulkan POLA FIKIR dalam beribadah.

Berdoa disunnahkan, malahan jika berdoa pasti akan dimakbulkan.Itu janji Ilahi dalam Quran. Walaupun doa itu tidak persis dalam hadis,wujud dalam Al-Quran, tetaplah berdoa, dalam bahasa apa-pun.Arab,Melayu,Sunda,Inggeris, dan pelbagai yang lain..Kerana Dia Maha Mengetahui dan Mengerti..

Berdoa dengan ayat-ayat khas dalam bahasa Arab, walaupun tiada nas sebegitu, diwujudkan untuk memudahkan orang untuk membaca doa tahun baru..Al maklum, tidak semua orang mampu membacakan doa dalam bahasa Arab..

Silakan mencetak, membuku, dan sebagainya.Itu adalah pahala, ada ganjaran di sisi Robbi.Ya ,menggalakkan orang berdoa dan mendekati Tuhan.Pasti ada saham di situ..

Cuma pangkal masalah adalah apabila bacaan-bacaan doa sebegini dihadirkan dengan fadilat-fadilat.Fadilat itu bermaksud kelebihan,pahala-pahala yang bakal didapatkan.

Dari mana sumber pemberitaan sebegini?

Kalau ada ayat Quran,mahupun Hadis berkata sedemikian, apa-apapun, tunduk dan patuh seharusnya..

Seorang pekerja berkata,

"Oh bos saya suka warna hijau.Baik aku catkan pejabatnya warna hijau"

Gembira sang pekerja,dengan anggapan sang bos pasti memuji tindakannya.

Lalu sang bos datang..

"Siapa suruh warna hijau?Kan saya kata warna merah!"

Merah padam wajah sang bos.Anggapan itu meleset.Kesian sang pekerja walaupun dia ternyata ikhlas dalam mengecat pejabat,milik sang bos.

Begitu juga kita,walaupun ikhlas, jangan sesekali melampaui kata-kata Allah dan Rasul.Ya, Tuhan dan Rasulullah menganjurkan doa kepadaNya.

Berdoa agar lebih dekat,berdoa tanda seorang hamba.

Ibadah, seninya itu hanya milik Ilahi,disampaikan dengan perantaraan Rasulullah.Hanya Dia yang mengetahui apa mahunya..Namun,seandainya pada akhir zaman, wujud manusia yang mengatakan fadilat-fadilat dan kelebihan sekian sekian untuk ibadah tertentu, pastinya dia mendapat pancaran wahyu Ilahi.Tidak masuk dek akal, kerana Muhammad itu khaatim,sang penutup..Itu kalam Ilahi..


Jerangkap Samar

Menjadi kebimbangan pada diri, jika acara doa awal tahun dan akhir tahun ini menjadi suatu acara yang dikatakan sebagai SUNNAH RASULULLAH.

Manusia-manusia yang mungkin dangkal ilmunya mungkin senang untuk mengikuti.Disangka ritual khas dalam agama olehnya.

Sama-sama perbetulkan POLA FIKIR kita. Berdoa itu sunnah, waima apapun keadaannya. Ada bacaan khas itu mungkin tidak mengapa.Boleh mempermudah kaedah..

Namun jangan kita curang berpandukan fadilat yang bukan-bukan.Kita mungkin ikhlas 'mengecat warna hijau', tetapi sayang seribu kali sayang kalau Sang Pengarah mahunya 'berwarna merah'..Hati-hati dalam tindakan, tingkatkan pemahaman.

Semoga dengan hadirnya 1432H, kita sama-sama berazam untuk mempertingkatkan kualiti diri,demi agama , bangsa dan negara. Dan jangan lupa diselitkan sama dalam doa kita, pembebasan bumi Al-Aqsa di sana.

Selamat Tahun Baru 1432Hijrah...